Hot FM

Ibu kandung, bapa tiri ditahan dipercayai dera 2 anak


abuse
Pegawai perubatan di Hospital Kemaman yang memeriksa mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan lama dan baharu pada hampir keseluruhan tubuh mereka.

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri ditahan polis di Chukai, Terengganu, malam tadi kerana disyaki mendera dua kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun.

Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan berkata, kedua-dua suspek ditahan di rumah mereka di Jalan Jabor Kubur kira-kira 8 malam susulan aduan orang awam yang melihat mangsa dipukul.

Beliau berkata, suspek wanita berusia 26 tahun ialah ibu kandung mangsa manakala suspek lelaki berusia 30 tahun merupakan bapa tiri mereka.

“Polis menerima laporan daripada orang awam yang melihat kanak-kanak lelaki dan adik perempuannya dipukul sekitar 5 petang hari sama di depan rumah mereka,” katanya, lapor Bernama.

“Kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan pegawai perubatan mendapati terdapat kesan kecederaan lama dan baharu pada hampir keseluruhan tubuh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version