Terkejut dan tidak sangka perkara ini akan berlaku kepada dirinya sekeluarga, penyanyi Nubhan Ahamad secara terbuka memohon doa daripada orang ramai supaya ibunya dijauhkan daripada virus COVID-19.
Menurut posting yang dimuat naik olehnya, difahamkan ibunya merupakan kontak rapat seorang pesakit COVID-19 semenjak akhir Ramadhan lalu dan dimaklumkan juga bahawa mangsa kini telah meninggal dunia.
View this post on Instagram
“Berderau jantung bila dpt tau mak adalah contact rapat mangsa covid 19 di Masjid Juasseh (solat tarawih) akhir ramadhan haritu… Saya mohon doa semua orang agar mak saya negative wabak durjana ini.”
Apa yang membuatkan Nubhan bertambah risau ialah kerana ibunya merupakan warga emas yang berisiko tinggi terkena virus berkenaan.
Para pengikutnya di laman Instagram turut sama mendoakan kesihatan ibunya dan berharap agar keputusan yang akan keluar esok menunjukkan tanda negatif.

Dalam masa yang sama Nubhan turut berasa bimbang kerana beliau sekeluarga turut meraikan Aidilfitri bersama ibunya disebabkan mereka tinggal berhampiran sahaja.
Semoga ibu Nubhan baik-baik sahaja dan kita semua turut dijauhkan daripada virus berbahaya ini.
Baca juga artikel berkaitan:
Surau Tutup Sempena PKP 2.0, Nubhan Ahamad Solat Dalam Fitting Room
Sumber foto dan video: Instagram Nubhan Ahamad