
PAPAR: Ibu kepada bayi yang terkorban dalam kemalangan di KM40 Jalan Kimanis-Keningau petang semalam, disahkan meninggal dunia.
Wanita terbabit yang duduk di bahagian penumpang hadapan sambil mendukung anaknya ketika kejadian, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Papar semalam.
Ketua Polis Daerah Papar, Batholomew Ak Umpit berkata, siasatan awal mendapati keluarga itu bertolak dari Keningau menuju ke Papar.
Katanya, ketika menuruni jalan bukit berselekoh dalam keadaan hujan lebat, pemandu yang juga suami mangsa berusia 40-an dikatakan gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas dan merempuh bukit.
“Kenderaan berkenaan dilaporkan berpusing berapa kali sehingga mengakibatkan bayi yang berada dalam pangkuan ibunya tercampak dari kenderaan.
“Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,…