
KUALA LUMPUR: Seorang ibu berusia 68 tahun merayu pengampunan diraja untuk anaknya, yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2001 atas kesalahan berkaitan senjata api.
Menurut pengurus program Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Nik Azura Nik Nasron, Affandi Abdul Rahim ketika itu berusia 20 tahun, ditahan anggota polis yang melakukan rondaan di Gombak, Selangor, kerana menunggang motosikal tanpa topi keledar.
Pergelutan berlaku selepas dia ditahan, yang akhirnya menyebabkan Affandi merampas pistol anggota polis itu dari pinggangnya dan menghalakannya ke arah pegawai itu.
Selepas melepaskan tembakan ke udara, Affandi melarikan diri dengan pistol dan menyerahkannya kepada bapa saudaranya. Dia kemudian diberkas polis, kata Nik Azura.
Affandi, kini 42 turut dikenakan enam sebatan atas kesalahan itu.
Ibunya, Feridah Ismail, 68,…