Anak perempuan mangsa dikatakan tertekan memukul ibunya di bahagian muka dan kepala, selain suaminya juga disyaki terlibat.

PETALING JAYA: Seorang ibu sakit strok maut dipercayai dipukul anak dan menantunya susulan tidak tahan serta mengalami tekanan melampau dengan ragam mangsa, dalam kejadian di Taman Tambun Tulang, Arau, hari ini.
Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata mangsa berusia 74 tahun itu pada mulanya telah dihantar ke unit kecemasan hospital berkenaan pada 4.10 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Katanya, pihaknya menerima laporan pada 5.30 pagi menerusi pegawai perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar yang memaklumkan terdapat pesakit meninggal dunia disyaki dipukul.
Beliau berkata, pasukan perubatan mendapati mangsa mengalami lebam di kedua mata, dahi, telinga kanan, dan sedikit kesan luka pada jari…