Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ibu Titip Ucapan Menyentuh Hati Sempena Birthday Noor Nabila

today4 September 2024

Background

Ibu selebriti terkenal, Noor Nabila iaitu Datin Noor Kartini menyentuh hati ramai selepas berkongsi ucapan sempena ulang tahun anaknya itu.

Menerusi hantaran di Instagram, Noor Kartitni menzahirkqn doa kepada Nabila agar menjadi ibu bertanggungjawab serta seluruh keturunannya akan dirahmati dan dibawah perlindungan Allah SWT.

Selain itu, Noor Kartini turut berdoa agar kakak kepada selebriti Noor Neelofa itu mendapat jodoh suami yang baik serta mampu memberi kebahagiaan kepadanya.

“Dengan terbentang luas 7 lapis langit dan 7 lapis bumi dengan iringan para malaikat menyambut doa keramat dari yang tiada hijab, mama mendoakan yang terbaik untuk Nabila dan seluruh keturunan moga sentiasa dalam pandangan rahmat Allah.

“Semoga anak keturunan nabila menjadi keturunan yg soleh, beriman, baik dan menjaga nama baik keturunan dan maruah keturunan dan berjaya dan bahagia dunia akhirat.

“Mama doakan Allah kirimkan seorang suami yg dapat membahagiakan Nabila dan Jayden selama-lamanya,” katanya.

Noor Nabila

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut Instagram Noor Kartini meluahkan rasa sayu dan terharu membaca doa seorang ibu yang begitu tulus.

Ada juga segelintir daripada netizen yang berkata Nabila dan adik-beradiknya beruntung masih mempunyai seorang ibu untuk mendoakan kesejahteraan hidup mereka.

Noor Nabila Noor Nabila

Sebelum ini, tular Nabila manis berbusana biru muda yang dilengkapi selendang di media sosial sekaligus warganet beranggapan dirinya akan mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 namun bercerai pada tahun 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.

Kemudian, Nabila berkahwin pula dengan Engku Emran pada Mac 2021 namun bercerai pada 2023.

Artikel Berkaitan: Dapat Soalan Cepumas! Jebat Jayden Tanya Kenapa Sharnaaz & Noor Nabila Duduk Berasingan – “Besar Nanti Baby Faham”

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Manis Berselendang, Noor Nabila Nafi Nikah Semula – “Nak Kahwin Nanti I Invite Semua, Jangan Risau”

Artikel Berkaitan: Kekal Hubungan Baik Dengan Sharnaaz, Noor Nabila Puji Sikap Amelia Christie – “Kalau Umur Saya Tak Panjang, Sekurangnya…”

Written by: Aqilah


Previous post