
KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal di Terengganu menjadi wanita pertama di negeri itu dikenakan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana berkhalwat.
Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Rosdi Harun menjatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 selepas Nurfifi Amira Nawi, 37, mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022.
Nurfifi mengaku berada bersama-sama seorang lelaki berusia 40 tahun yang bukan suami atau mahramnya di sebuah rumah di Kemaman, kira-kira 3.15 petang, 31 Jan lalu.
Sebelum ini, wanita itu pernah disabitkan bagi kesalahan di bawah seksyen yang sama pada 2018 dan telah dikenakan hukuman denda.
Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022, kesalahan khalwat…