Hot FM

Ibu Zayn Rayyan penyayang, prihatin, kata guru


Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari didakwa bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atas tuduhan mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan, yang ditemukan meninggal dunia pada 6 Dis 2023.

PETALING JAYA: Ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin seorang yang prihatin dan penyayang, serta tidak akan mengabaikan anaknya, menurut seorang guru yang terlatih mengajar anak-anak berkeperluan khas.

Siti Aminah Nor Ali, yang memiliki ijazah sarjana dalam pendidikan khas, berkata demikian ketika diperiksa balas oleh peguam Haresh Mahadevan, yang mewakili ibu bapa kanak-kanak itu.

Ismanira Abdul Manaf dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, sedang dibicarakan kerana mengabaikan Zayn Rayyan, 6, dengan cara yang boleh memudaratkannya.

Siti Aminah, saksi pendakwaan kesembilan, memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau menjaga Zayn Rayyan antara Mac 2023 hingga hari dia dilaporkan hilang.

Haresh: Adakah si ibu sentiasa membekalkan makanan setiap kali Zayn Rayyan menghadiri sekolah?

Siti: Ya.

Haresh: Adakah si ibu membekalkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version