Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Idam Watak Pahlawan Negara, Fikry Ibrahim Mahu Beraksi Dalam Karya Epik

today2 September 2022

Background

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim memberitahu dia sudah lama impikan watak seorang pahlawan dan berharap impiannya menjadi kenyataan.

Menerusi laporan Utusan, dia sudah lama meminati untuk beraksi dalam filem biografi atau epik kerana subjek Sejarah merupakan subjek kegemarannya sejak dari bangku sekolah lagi.

β€œSudah tentu jika ditawarkan watakΒ  pahlawan, saya akan cuba membawakannya dengan baik walaupun tidak mudah. Saya sebenarnya sukakan naskhah atau watak berteraskan sejarah kerana memang suka subjek ini.

β€œSaya selalu berpegang kepada prinsip, sejarah akan sentiasa berulang kalau tidak dijaga. Seharusnya setiap daripada kita kena ada sifat ingin tahu tentang sejarah.

β€œKalau tidak faham dan tidak ada sifat cintakan sejarah, bagaimana kita akan memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik?,” katanya.

Pelakon kelahiran Kedah ini berkata, dia pasti terharu dan bangga andai ada produksi yang percaya akan kredibilitinya untuk membawa watak pahlawan negara.

β€œSaya kagum dengan Datuk Adi Putra yangΒ begitu menyerlah menerusi wataknya sebagai Mat Kilau dalam filem arahan Syamsul Yusof.

β€œTerus-terang, saya tumpang bangga kerana dia dan seluruh produksi filem itu berupaya melonjakkan semangat kepahlawanan dan keMelayuan hingga menusuk ke jiwa penonton.

β€œKalau saya dapat watak seperti itu, saya akan mencuba yang terbaik demi memberi kepuasan kepada penonton. Saya mahu bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan tanah air,” luahnya.

Tambahnya, dia cuba menggunakan platform media sosial miliknya untuk berkongsi serba sedikit tentang sejarah bagi menyuntik nilai pengetahuan kepada pengikut dan peminatnya.

β€œSaya akan muatkan sedikit maklumat tentang sejarah dalam perkongsian di media sosial. Saya lihat ia sebagai pendekatan yang baik kerana pengikut, terutama generasi muda memberi respons positif apabila saya berkongsi tentang sejarah.

β€œMereka juga mahukan bahan ilmiah, selain hiburan,” ujarnya.

Sumber: Utusan

Written by: Aqilah


Previous post