Site icon Hot FM

Identiti lelaki OKU jatuh landasan LRT belum dikenal pasti


jatuh lrt titiwangsa
Bomba berkata siasatan awal mengesyaki mangsa terjatuh di kawasan rel sebelum dilanggar sebuah kereta api yang melintasi kawasan tersebut. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Identiti lelaki kurang upaya (OKU) yang mayatnya ditemui bawah landasan Stesen LRT Titiwangsa semalam, masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Sentul, Sukarno Zahari berkata, seramai empat individu termasuk pengadu dan petugas LRT dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes itu, lapor Kosmo.

“Bagaimanapun, identiti mangsa belum dikenal pasti,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Semalam, Komander Operasi Bomba, Fadil Hesam Mohd berkata siasatan awal mengesyaki mangsa terjatuh di kawasan rel sebelum dilanggar sebuah kereta api yang melintasi kawasan tersebut.

Menurutnya, kejadian ini dipercayai berlaku akibat kehilangan keseimbangan mangsa yang terjatuh tanpa disedari pemandu kereta api.

Rapid Rail dalam kenyataan mengesahkan kejadian itu yang mengakibatkan perkhidmatan tren di Stesen LRT PWTC hingga Sentul…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version