Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Idris Khan Tak Main Tinder & Bumble – “Saya Tak Cari Jodoh Di Situ”

today10 November 2022

Background

Pelakon Idris Khan didakwa menggunakan aplikasi dating selepas fotonya tersebar di Bumble.

Memetik laporan Boom!, pelakon drama Tuan Danial ini berkata ia bukan pertama kali dia mendapat mesej daripada warganet yang bertanyakan perkara sebegitu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Idris Khan (@theidriskhan)

“Ini bukan kali pertama. Baru-baru ini juga dapat mesej (direct message) di Instagram. Ada dua orang bertanyakan hal yang sama,” kata Idris.

Tambahnya, dia tidak pernah menggunakan sebarang aplikasi berkenaan dengan dating seperti Tinder mahupun Bumble.

“Itu bukan saya. Saya memang tak ada aplikasi Tinder atau Bumble. Motif saya nak cari jodoh dekat situ?” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia turut meminta orang ramai untuk membuat laporan jikalau terjumpa akaun yang menggunakan gambarnya di dalam aplikasi berkenaan.

“Sesiapa yang jumpa, report saja,” katanya.

 

Sumber: Boom!

Written by: Aqilah


Previous post