Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Ieda Moin Puji Keperibadian Izara Aishah – “Pernah Dibuli, Dia Jadi Tempat Saya Mengadu”

today26 January 2026

Background

Pelakon, Ieda Moin mendedahkan masih wujud budaya buli dalam industri hiburan tempatan, sekali gus meluahkan rasa syukur memiliki rakan seperti selebriti, Izara Aishah yang sentiasa menjadi pendengar dan pemberi nasihat ketika dia berdepan tekanan emosi.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Ieda secara terbuka memuji keperibadian Izara yang disifatkan tegas, matang serta berbudi pekerti tinggi.

“Saya sayang Izara Aishah. Kenapa? She’s a good listener, sangat tegas dan sangat baik budi pekerti,” katanya.

Menurut Ieda, setiap kali dirinya berasa dibuli atau diperlakukan tidak adil, Izara tidak pernah gagal memberikan sokongan moral serta panduan tentang cara berdepan individu yang bersikap toksik.

“Saya mengadu dengan dia bila terasa diri dibuli, terus dia bagi nasihat dan apa yang perlu dibuat pada manusia yang kaki buli ni,” jelasnya.

Lebih mengejutkan, Ieda turut mengakui amalan buli bukan perkara remeh, sebaliknya masih menjadi realiti pahit dalam dunia industri hiburan.

“Dalam industri kami pun ramai pembuli ya,” ujarnya ringkas.

Artikel Berkaitan: Ieda Moin Kongsi Detik Hampir Terlibat Dalam Hubungan Songsang Ketika Remaja – “Syukur Ramai Rakan Artis Nasihat”

Written by: Salma


Previous post