Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ifa Raziah Dedah Terkena Gangguan – “Dia Tak Suka Tengok Saya Kuat”

today9 April 2024

Background

Selebriti versatil dan usahawan, Ifa Raziah mendedahkan dia sering diganggu individu sehingga merasakan dia tidak mampu berdiri sihat menjalani kehidupan seperti biasa.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ifa berkata antara gangguan yang diterimanya adalah dia mengalami kesukaran untuk tidur.

“Teruk saya kena, saya tak boleh tidur, tahun lalu sebelum ini kalau saya tak boleh tidur 2 jam mungkin saya sibuk tetapi tidak.

“Diganggu macam-macam, tapi saya cuba. Saya tak mahu ingat perkara itu, sampai saya letih, sakit dan jatuh.

‘Tak tahu lah nak cakap bagaimana, kalau kita tak percaya memang kita takkan percaya, ini bulan puasa,” katanya.

Dakwa pelantun lagu Segalanya Pasti itu lagi, dia juga mendedahkan ada individu yang mahu melihat dirinya jatuh tersungkur dan tidak berjaya dalam apa jua yang dibuatnya.

“Hasad dengki pun ada, tapi saya cakap tak mengapalah.

“Kalau dia nak lihat saya tumbang, tak apalah tengoklah saya tumbang. Mungkin dia nak tengok saya tumbang, dia tak suka tengok saya kuat dan bertahan walaupun dia dah buat macam-macam pada saya. Nak buat macam mana?,” dakwanya.

 

Written by: Salma