Hot FM

IG Live Haziq Hot FM & Siti Nurhaliza Undang Sebak

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia, ramai selebriti tanah air mengambil peluang untuk mendekatkan diri mereka dengan peminat.

Ada yang menganjurkan konsert di rumah, melancarkan lagu baharu, merakam video untuk menghiburkan pengikut-pengikut mereka, menulis nasihat menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial dan trend terkini pula dilakukan melalui IG Live di Instagram masing-masing.

Umum mengetahui IG Live bukan sahaja boleh dilakukan seorang, malah ia membenarkan pengguna sosial media itu mengundang seorang lagi pengguna untuk mereka berinteraksi.

Terbaharu, penyampai radio Hot FM Haziq telah sempat merakamkam detik-detik manis apabila berjaya menemubual penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman berkenaan.

Menerusi perbualan mereka, Siti sempat mendendangkan lagu Air Mata Syawal buat peminat yang sedang menonton IG Live tersebut yang sekaligus menerima reaksi positif dan membuatkan ramai sebak terutamanya kepada mereka yang berjauhan dengan keluarga saat ini.

Saksikan IG Live penyampai radio Hot FM yang lain bersama dengan artis kesayangan anda dengan follow account Instagram @hotfm796 dan jangan lupa tekan butang notifikasi ya!

Exit mobile version