Ikan lumba-lumba atau dikenali sebagai Dolphin adalah satu spesis mamalia yang hidup di lautan.
Selain pintar dan comel, ikan lumba-lumba juga mampu membesar antara 1.2 meter hingga 10.0 meter panjang serta berat antara 50 kg hingga 7000 kg.

Baru-baru, tular sepotong video memaparkan beberapa ikan lumba berenang berhampiran Jambatan Pulau Pinang, seolah-olah membuat ‘rombongan’ ke Pulau Mutiara itu.
Dolphins spotted near Penang Bridge, Malaysia 🐬😍 pic.twitter.com/N3lFUoiFyk
— Naz | 🇲🇾 (@_NazriH) November 15, 2019
Video berdurasi 1 minit 31 saat itu telah dirakam dari bot nelayan oleh seorang lelaki bernama Nasir dan setakat artikel ini ditulis, ia telah meraih lebih 186,600 tontonan, 8,400 retweets serta 8,900 tanda suka.
Lantas, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi mengenai video yang dikongsikan itu.