
PETALING JAYA: Penerimaan Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebagai komponen baharu Barisan Nasional (BN) boleh mendatangkan kesan negatif terhadap hubungan antara gabungan itu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil berkata, jika diterima, Presiden Larry Sng pasti akan bertanding di kerusi Parlimen di Sarawak atas tiket dan bendera BN.
“BN adalah rakan karib GPS. Oleh itu, pada hemat saya ia bukanlah idea yang baik untuk menerima mereka (PBM),” katanya dalam tulis di Facebooknya.
Pada masa sama, Isham turut mempersoalkan motif sebenarnya PBM mahu menyertai BN sama ada menyokong tanpa syarat ataupun mahu meminta kerusi semata-mata.
“Jika hasrat PBM untuk kerusi, saya termasuk akar umbi tidak boleh terima terutama kamu (wakil rakyat PBM) melompat parti dan bekas…