Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Ikhsan Fandi Hampakan Skuad Negara

today26 March 2022

Background
Skuad Negara




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Skuad negara gagal meneruskan nota kemenangan pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 (FAS Tri-Nations Series 2022) apabila tunduk 1-2 di tangan Singapura di Stadium Nasional, Singapura sebentar tadi.

Penyerang berbisa, Ikhsan Fandi nyata menjadi duri dalam daging buat skuad negara selepas anak kepada legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad itu menjaringkan kedua-dua gol mereka.

Anak buah Kim Pan Gon bagaimanapun memulakan permainan dengan cukup garang apabila mendapat peluang keemasan untuk mengejutkan penyokong tuan rumah seawal minit pertama menerusi Safiq Rahim.

Namun, percubaan ‘outside foot’ pemain tengah berpengalaman itu selepas menerima lorongan daripada Syafiq Ahmad dalam kawasan penalti sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Singapura.

Berselang lima minit kemudian, giliran Safawi Rasid pula menguji gawang Singapura yang dikawal Hassan Sunny…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post