Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Iklan Keselamatan Paling Win 2016?

today1 April 2016

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Jika selalunya kempen keselamatan memandu, para penonton akan dikejutkan dengan statistik membosankan & babak-babak kemalangan yang mengerikan.

Namun, pihak berkuasa pengangkutan New Zealand mengambil pendekatan yang berlainan kali ini dengan meletakkan humor bersama lakonan yang awkward untuk mengelakkan para pemandu muda zaman sekarang daripada memandu sambil texting/mengunakan telephone pintar.

Advert-e_3603081b
iklan yang berdurasi 45 saat tu menunjukkan beberapa babak pemandu yang berbeza menerima teks semasa memandu dengan penumpang di dalam kenderaan mereka. Ketika pemandu-pemandu tersebut mencapai telefon, tangan mereka dipintas oleh penumpang dengan ekspresi yang menjanggalkan, manakala lagu “Hello” oleh Lionel Richie digunakan sebagai lagu latar belakang.

Judul iklan tersebut turut meminjam tajuk lagu Lionel Richie, “Hello” dengan slogan “Utamakan penumpang anda. Pemanduan bebas telefon”.

Mungkin ini iklan keselamatan paling win untuk tahun ini? Apa pendapat anda?

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Written by: Hot FM


Previous post