Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Iklan pelaburan guna gambar bekas mufti palsu, kata polis

today4 September 2023

Background


Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata iklan pelaburan tersebut adalah palsu tiada kena mengena dengan bekas mufti Selangor Mohd Tamyes Abdul Wahid. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Polis mengesahkan iklan pelaburan yang menggunakan nama bekas mufti Selangor Mohd Tamyes Abdul Wahid adalah palsu.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata ia berikutan pihaknya menerima laporan berkaitan iklan tersebut daripada Tamyes pada 9.43 malam tadi.

Katanya, beliau membuat laporan polis dan menafikan pembabitannya dalam iklan yang dipaparkan di laman sosial Facebook atas nama ‘Investor City’.

“Iklan tersebut adalah palsu dan tiada kaitan dengan Tamyes manakala laporan polis yang diterima dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan terperinci,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Hussein turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya serta terpengaruh dengan iklan dan tawaran di media sosial yang menggunakan identiti individu penting.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Verstappen cipta sejarah baru F1

Monza, Itali: Max Verstappen menulis namanya dalam buku sejarah Formula Satu apabila memenangi perlumbaan ke-10 berturut-turut sekali gus memecahkan rekod, selepas menjuarai Grand Prix Itali.

today4 September 2023