Menerusi video yang dikongsi oleh @hidayati.com, kelihatan pengantin baru yang mengenakan busana berwarna baby blue itu diusung oleh dua ahli keluarga mereka sebelum bertemu di tengah-tengah pekarangan rumah.
Apa yang lebih menarik adalah apabila mereka bertemu, pengantin perempuan diminta untuk menyalam tangan suami sebelum kedua-dua mereka diturunkan.
Difahamkan, adat ini asalnya diamalkan turun temurun oleh suku Banjar Alai di Perak. Tujuannya adalah untuk memeriahkan majlis selain tetamu seronok melihat gelagat pengantin baru.