Mesti ramai diantara pembaca sekarang yang dah tonton telefilem ‘Insan Terpilih’ lakonan Syazwan Zulkifly, Zara Zya dan Jay Iswazir kan?
Telefilem tersebut telah ditayangkan menerusi saluran TV3 sejak beberapa hari lalu, namun ia masih lagi hangat diperkatakan selepas mendapat tahu cerita berkenaan sebenarnya adalah kisah sebenar yang dikongsikan oleh salah seorang jemaah sebuah surau di Klang, Selangor.
Perkongsian tersebut telah diceritakan oleh salah seorang jemaah sebuah surau di Klang, Selangor. Telatah Husien Si Orang Gila selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.
“Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda Allah bagi aku.”
“Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? Orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus giginya.”
“Bila ditanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu Allah bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.”
“Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. ”
“Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk Allah, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.”
“Akhir sekali jemaah dan imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Ditempiknya jemaah tu. ‘Kan Allah kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la!”
Siapa Husein ni sebenarnya? Yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.
https://www.youtube.com/watch?v=8FNn-BqVCRw
Saat dia mengalunkan seruan azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘pandai kau azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. Allah tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’.
Saat jenazah Husien sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
Seminggu surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macam tu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan ‘Husein Gila’.
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
Post comments (0)