

Universiti memerlukan budaya yang membolehkan kelemahan dikenal pasti, teguran dipertimbangkan dan kesilapan diperbetulkan. Namun, apabila aduan dibiarkan berlarutan dan penegur pula dipersoalkan, keyakinan terhadap proses itu mula terhakis. Lama-kelamaan, warga kampus boleh memilih untuk berdiam diri kerana pengalaman mengajar mereka bahawa bersuara membawa risiko, sedangkan perubahan belum tentu menyusul.
Titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya baru-baru ini wajar direnungkan dalam konteks tersebut. Seruan baginda agar ilmuwan berani mempertahankan kebenaran turut menuntut kesediaan pihak yang memegang kuasa untuk menerima teguran dan bertindak atasnya.
Dapatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai sebuah universiti awam memperlihatkan betapa pentingnya tanggungjawab itu. Menurut PAC, aduan konflik kepentingan diabaikan selama hampir lapan bulan oleh pentadbiran terdahulu sebelum kepimpinan baharu memulakan…