Hot FM

Iltizam kerajaan hadapi tarif AS lindungi rakyat khususnya di desa, kata Zahid


ahmad zahid hamidi
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, ramai penduduk luar bandar secara tidak langsung bergantung pada sektor E&E, kelapa sawit, getah dan pertanian, dengan AS antara pasaran utama negara. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:

Langkah diambil kerajaan dalam menangani dampak tarif timbal balas dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia adalah demi melindungi rakyat khususnya komuniti desa supaya terus teguh menghadapi ketidaktentuan global, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Menteri kemajuan desa dan wilayah itu berkata, langkah proaktif kerajaan Madani melalui penubuhan Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) jelas memperlihatkan komitmen mempertahankan kepentingan negara, sekali gus memastikan daya saing Malaysia kekal kukuh di mata dunia.

“Saya memandang serius cabaran yang dihadapi komuniti desa akibat ketidaktentuan perdagangan global. Ramai penduduk luar bandar secara tidak langsung bergantung pada sektor elektrik dan elektronik (E&E), kelapa sawit, getah dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version