Terbaru, atlet berkenaan telah berkongsi video di Instagram yang mempamerkan rupanya yang berbeza secara dramatik, membuatkan ramai ‘haters’ terdiam.
Di dalam video tersebut, kelihatan pada awalnya Imane sedang berlakon menumbuk ke arah kamera.
Namun, selepas beberapa saat berusia 25 tahun itu bertukar dengan personaliti yang berbeza dengan gaya rambut, dan wajah yang sudah di mekap.
Dia kelihatan sangat menawan dan berkeyakinan di dalam video tersebut sambil dilihat tersenyum pada kamera.
Untuk mencapai pingatnya, dia tidak mempunyai masa untuk membuang masa di salon kecantikan atau membeli-belah. Dia tidak pernah merasakan keperluan untuk mematuhi piawaian itu untuk membuktikan kewujudannya.
“Dia boleh menjadi feminin dan elegan apabila dia mahu, dia tidak memerlukan hiasan atau kasut tumit tinggi. Dia hanya memerlukan strategi, kekuatan, dan tumbukan, yang merupakan intipati keperibadiannya,” tulis di kapsyen.