Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Imbau Momen Berpisah Seketika Dengan Zamarul Hisham, Kaki Diana Rafar Seakan Tak Boleh Berjalan

today21 August 2024

Background

Pelakon dan penyanyi, Diana Rafar mengimbau semula penceraian bersama suaminya, aktor Zamarul Hisham sekitar Januari 2015.

Menerusi video temu bual bersama Hijabista, Diana mendedahkan dia berasa sukar untuk berjalan selepas suaminya melafazkan talak.

“Hari yang abang (Zamarul) lafaz, saya jalan tak pijak bumi. Saya tak pernah kongsi benda ini. Masa dia lafaz je, barulah saya faham ‘oh, ini ke yang Allah sebut tiang Arash bergegar. Memang dekat bumi ini bergegar ke’.

“Saya rasa memang gegar dan tak boleh nak jalan, tak boleh pijak bumi… pegang dinding. Rasa seperti nak mati, sakit ke. Dia steady, yela.. Kita perempuan emosi kan masa tu,” katanya.

Sejurus selepas itu, Diana turut memaklumkan dia diuji dengan rasa sakit seperti diserang ‘anxiety’ sehingga terpaksa menjual perniagaan spa miliknya.

“Lepas itu saya diuji sakit, tak boleh bernafas, tak boleh jumpa orang, takut nak mati.. Lebih kurang macam anxiety la kan. Tutup spa, tutup terapi… tinggal pesakit saya, jual spa semua.

“Satu persatu nikmat Allah tarik. Job tak ada, duit tak ada, laki pun tak ada, kita pun tak nak jumpa keluarga.. Dia tarik segala nikmat, masa tu saya belum berhijab lagi,” katanya.

@hijabistamy

“Rasa dunia bergegar, kaki tak pijak di bumi” Ditimpa ujian berat, @dianarafar pernah mengalami rezeki ditarik satu persatu. Begitulah komen Diana ketika ditemui di acara #daripoketartiskepoketartis tempoh hari. #hijabistamag #iamhijabi #hijabista

♬ original sound – Hijabista, KL MY – Hijabista, KL MY

Sekadar info, Diana dan Zamarul pernah bercerai talak satu pada 14 Januari 2015, namun rujuk semula selepas sebulan berpisah.

Artikel Berkaitan: Diana Rafar Beri Amaran, Minta Zamarul Hisham Jangan Cuba Cari Chemistry Dengan Pelakon Lain – “Shooting, Shooting Juga…”

Sumber/Kredit: Hijabista

Written by: Aqilah


Previous post