Penyanyi Adam Akademi Fantasia 2 (AF2), meraih perhatian dengan imejnya yang dikatakan sama seperti diawal kemunculannya dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: Adam AF2 Keluarkan Single Terbaru, “Ujian Hidup” Sempena Ramadhan
Artikel Berkaitan: KRU Jadi Fenomena, Elite & Adam AF Buat Kejutan Untuk Lebih 11,000 Penonton
Imej lama
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Adam atau nama lengkapnya Mohd Aizam Mat Saman dilihat sedang bersiap untuk keluar bersama keluarga.
Video berdurasi hampir tiga minit itu meraih perhatian netizen yang mengimbau kembali zaman Adam menjadi salah seorang peserta program nyanyian popular pada tahun 2004.
Netizen rindu




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perubahan imej Adam yang dikatakan kembali seperti dulu. Selain itu, warganet turut memuji rupa paras peserta Akademi Fantasia 2 itu yang awet muda walaupun sudah berusia 41 tahun.
Sumber: TikTok @AbgPrince