
Kerusi bandar di Selangor dan Putrajaya mungkin dilihat sebagai lokasi paling sesuai untuk Khairy Jamaluddin membuat kemunculan semula dalam pilihan raya, kata penganalisis.
Azmil Tayeb berkata, imej profesional Khairy atau dikenali KJ selain pengalamannya dalam pentadbiran di Putrajaya, menjadikan beliau calon berpotensi menarik sokongan pengundi bandar.
Katanya, Khairy yang juga pemegang ijazah sarjana muda falsafah, politik & ekonomi Universiti Oxford mempunyai kelebihan sebagai bekas Ahli Parlimen dan menteri.
“Dua faktor ini boleh menjadi tarikan utama kepada pengundi bandar, terutama di Selangor yang mempunyai ramai pengundi profesional,” katanya kepada FMT.
Khairy pernah menjadi Ahli Parlimen Rembau dari 2008 hingga 2022. Pada PRU15, beliau bertanding di Parlimen Sungai Buloh selepas…