Hot FM

IMF naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7%


kl skyline
Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.2% tahun lalu, disokong permintaan domestik yang berdaya tahan. (Gambar Envato Elements)
KUALA LUMPUR:

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7% bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) April 2026 yang dikeluarkan hari ini, IMF juga mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia pada 4.3% bagi 2027.

Pada 2025, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.2%, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.

Menerusi WEO Januari 2026 “Global Economy: Steady amid Divergent Forces”, IMF menjangkakan KDNK Malaysia bagi 2026 adalah sebanyak 4.3%.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4 hingga 5% tahun ini, dengan daya tahan domestik negara serta struktur eksport yang pelbagai terus menjadi penampan dalam menghadapi cabaran luaran semasa,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version