
KUALA LUMPUR: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memuji pembaharuan ekonomi Malaysia, khasnya pengenalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 serta kejayaan melaksanakan pembaharuan subsidi elektrik dan diesel.
Menurutnya, ia turut menekankan keperluan mempercepatkan pembaharuan ini bagi mewujudkan ekonomi lebih inklusif dan berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global.
“Prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi bercita-cita tinggi.
“Pelan pembaharuan struktur kerajaan di bawah Rangka Kerja Ekonomi Madani difokuskan dengan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan.
IMF berkata, pandangannya berdasarkan penemuan awal pasukannya selepas mengadakan lawatan ke Malaysia baru-baru ini.
FRA adalah pencapaian penting bagi pengurusan dan tadbir urus fiskal menunjukkan dalam…