
KUCHING: Imigresen Sarawak akan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran terhadap pendatang asing yang bekerja di negeri ini selepas tamat tempoh pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 iaitu pada 31 Dis.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Gerawat Gala mengingatkan pendatang tanpa izin dan majikan untuk mengambil peluang berdaftar di bawah program berkenaan dengan berurusan secara terus bersama pihak imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja negeri.
“Bagi tatacara urusan pendaftaran di bawah Program RTK 2.0, majikan perlu memohon secara dalam talian melalui portal imigresen di www.imi.gov.my klik ke pautan Portal Rekalibrasi. Tiada bayaran deposit dikenakan kepada majikan setelah proses…