
PETALING JAYA: Jabatan Imigresen menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa tahanan di depot imigresen di Selangor didera.
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban menegaskan bahawa semua tahanan diuruskan dengan baik mengikut tatacara yang ditetapkan, lapor Bernama.
Katanya, sekiranya berlaku pelanggaran disiplin oleh tahanan, tindakan akan diambil mengikut tatacara setelah kesalahan itu disahkan oleh komandan melalui siasatan.
“Hasil semakan peringkat dalaman depot imigresen mendapati tiada rekod kejadian seperti yang didakwa.
“Kawasan depot turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada pergerakan mencurigakan dikesan,” katanya yang menambah imigresen tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pegawai yang melakukan salah laku.
“Orang ramai dimohon untuk menyalurkan maklumat…