
KAJANG: Jabatan Imigresen menahan 288 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dalam serbuan di Hentian Kajang, malam tadi.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha, berkata pendatang asing yang ditahan terdiri daripada 242 lelaki dan 46 wanita dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Pakistan, Nepal, India, Sri Lanka serta Sudan.
Beliau berkata dalam operasi bermula pada 7.30 malam bersama Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Pertahanan Awam itu, seramai 785 warga asing dan 250 warga tempatan diperiksa di enam blok bangunan rumah kedai lima tingkat yang menempatkan pelbagai premis perniagaan serta kediaman untuk pekerja asing.
“Kesemua yang ditahan berusia 18 hingga 60 tahun dan disyaki melakukan kesalahan antaranya tiada…