Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Imigresen serbu perkampungan setinggan Pati

today2 December 2023

Background


Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen Jafri Embok Taha, berkata serbuan terhadap perkampungan itu susulan aduan awam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Imigresen menahan 69 pendatang tanpa izin (Pati) dalam operasi penguatkuasaan di sebuah perkampungan setinggan di Kampung Pantai Dalam, awal hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jafri Embok Taha, berkata mereka antara 110 warga asing yang diperiksa dalam serbuan bermula 1.30 pagi dengan disertai 111 anggota serta dibantu masing-masing empat anggota Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Pertahanan Awam.

Beliau berkata, semua individu itu berumur dua hingga 70 tahun, terdiri daripada 45 lelaki, 23 wanita serta seorang kanak-kanak lelaki.

Serbuan itu, katanya dijalankan hasil daripada risikan selama seminggu selepas menerima aduan awam mengenai keberadaan warga asing yang menghuni kawasan itu.

“Antara kesalahan disyaki dilakukan mereka ialah tinggal lebih masa, tidak mempunyai dokumen dan permit perjalanan yang sah serta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post