Hot FM

Imigresen teliti dakwaan pengarah syarikat dipukul ketika operasi


PATI
Ruslin Jusoh berkata Imigresen akan mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit jika berlaku pelanggaran SOP atau salah guna kuasa.

KUALA LUMPUR: Imigresen akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil kepada polis, berhubung insiden seorang pengarah syarikat pekerja asing yang mendakwa dipukul pegawai Imigresen, semasa ditahan dalam operasi penguatkuasaan jabatan itu baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh dalam kenyataan memaklumkan, dalam masa sama jabatan itu sedang menunggu laporan lengkap daripada Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seterusnya akan meneliti dakwaan tersebut.

“Sekiranya didapati berlakunya tindakan pelanggaran SOP (prosedur operasi standard) atau penyalahgunaan kuasa oleh pegawai terlibat, tindakan dan hukuman tegas akan diambil.

“Imigresen memandang serius kes penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran SOP, sehingga mencemarkan nama baik dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version