Menteri belia dan sukan itu tampil bersahaja ketika mengemudi segmen yang memaparkan perkembangan sukan tempatan dan antarabangsa dalam Berita Perdana RTM.

KUALA LUMPUR: Impian Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sejak daripada bangku sekolah untuk menjadi pembaca berita akhirnya terkabul selepas diberi penghormatan membuat penampilan eksklusif bagi edisi sulung “Stadium RTM (Radio Televisyen Malaysia)” dalam Berita Perdana hari ini.
Yeoh yang tampil dengan blazer berwarna merah dilihat tidak kekok dan tampil bersahaja ketika mengemudi segmen yang memaparkan perkembangan sukan tempatan dan antarabangsa selama lebih empat minit itu.
Antara bahan berita dibaca Yeoh adalah paparan mengenai penyertaan Malaysia di Sukan SEA diikuti proses penurapan Litar Antarabangsa Sepang serta prestasi Harimau Malaya yang mencatat dua…
