Majlis tersebut merupakan anjuran Persatuan Eksplorasi dan Kembara Malaysia bersama Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guanxi Pahang yang disempurnakan oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man.
“Apabila memasuki usia 40-an, saya rasa ‘patah hati’ kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Jadi saya fikir, kena buat semula apa yang sudah lama saya impikan iaitu keluar melihat dunia dan mengenali lebih banyak budaya di negara lain.
“Sejak itu, saya mula simpan wang dan sepanjang empat tahun hanya bekerja, tidak keluar berseronok atau lepak minum dengan kawan-kawan,” katanya lagi.