Pempengaruh dan modal jelita, Dahlia Rizal berkongsi momen ketika suaminya, pelakon Imran Aqil menegur individu yang cuba mengorat isterinya itu.
Menerusi ruangan Instagram, Dahlia berkata dia jarang ‘melayan’ mesej-mesej ‘miang’ segelintir golongan lelaki di media sosial, namun memilih untuk memberi respons pada individu tersebut yang dikatakan daripada komuniti old money.
“Saya selalunya tak layan DM dari lelaki tapi kali ini saja tunjuk pada Imran sebab dia (lelaki itu) dari komuniti Old Money yang viral itu. Saja tunjuk Imran sebab saya rasa benda ini kelakar,” katanya.
Hantaran tersebut memaparkan individu tersebut memberikan nombor telefonnya ketika membalas paparan Instagram Story (IGs) Dahlia.
Mengulas lebih lanjut, Dahlia berkata Imran lantas mengambil telefonnya dan menegur individu tersebut.
“Dia (Imran) terus ambil telefon dan balas guna voice note kata ‘Eh, Dahlia dah kahwin la b*d*h’,” katanya.
Sekadar info, Dahlia dan bekas penyampai radio Hot Fm itu mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu.
