Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Imran Aqil Tonjol Sikap Budiman, Buka Hati Dahlia Rizal

today28 September 2023

Background

Pempengaruh popular, Dahlia Rizal mengakui keikhlasan hati suaminya yang juga seorang pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil bagi memperisterikannya membuka hati wanita usia 22 tahun ini menikmati kemanisan rumah tangga.

Kongsi Dahlia atau nama lengkapnya, Nur Dahlia Ahmad Rizal, dia mula menyemai momen cinta bersama Imran pada pertengahan tahun lalu.

β€œImran mula confess pada Januari 2022 dan saya mula ‘develop feelings’ sekitar Mei atau Jun pada tahun sama,

β€œPerasaan mula berputik apabila Imran menyambut ulang tahun saya sebaik-baiknya. Meriah! Tetapi masih mengikut caranya sendiri. Kata orang, antara cara untuk kita tahu kasih sayang sebenar seorang lelaki terletak pada cara dia menyambut hari lahir insan kesayangannya.

β€œSaya ringkas orangnya dan lebih gemar mengumpulkan kawan-kawan rapat sewaktu hari lahir.

β€œImran just understood the assignment tanpa saya perlu memberikan hint langsung. That’s the kind of man he is.” kongsi Dahlia dalam temubual bersama sebuah majalah.

Dalam pada itu, Dahlia turut akui dahulunya tiada perancangan untuk berkahwin pada usia muda namun selepas melihat kesungguhan Imran, dia sedia mempersiapkan diri bergelar isteri.

β€œSaya selalu ada pemikiran negatif di manaΒ IΒ might as wellΒ tidak berkahwin jika selang beberapa tahun kemudian, saya juga akan bercerai seperti yang terjadi dalam keluarga saya.

β€œNamun apabila melihat usaha Imran yang bekerja keras dalam menghalalkan hubungan kami, saya serta-merta yakin untuk bergelar seorang isteri. Saya juga memperkuatkan Rohani dan mentaliti dengan mendirikan solat istikharah agar mendapat pentunjuk andai inilah masa yang sesuai untuk bernikah.

β€œAlhamdulillah, Tuhan permudahkan urusan kami. Soal hati, terus wujud perasaan tenang apabila bersama Imran,” jelasnya.

Rumah tangga mana yang tidak dibadai ombak, kata Dahlia, dia dan Imran mempunyai perbezaan sekiranya berdepan dengan konflik.

β€œSaya sejenis yang tidak gemar berkias dalam meluahkan perasaan. Andai kata hati saya terluka, saya inginkan si dia menyelesaikan apa-apa konflik secepat mungkin. Kalau ikutkan hati, saya seorang yang memilih untuk berbincang there and then.

β€œBerbeza dengan Imran yang tidak gemarkan konflik dan kadangkala lebih rela untuk lari daripada situasi tegang agar perasaannya tenang, menenangkan perasaannya. But I guess, opposites attract,” kongsinya.

Untuk info, Dahlia dan Imran disatukan pada 9 September lalu di Melaka selepas setahun mengikat tali pertunangan.

ARTIKEL BERKAITAN:Β [VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN:Β [VIDEO] Persiapan Kahwin Dah 70 Peratus, Imran Aqil Kongsi Dugaan Bertunang – β€œAda Orang Kenamaan Cuba Mendekati Tunang Saya”

Written by: Aqilah


Previous post