Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Imran Bard Kena Kecam Muat Naik Foto Tayang Pakaian Dalam

today12 August 2024

Background

Pempengaruh media sosial, Imran Bard menerima kritikan dalam kalangan pengikutnya selepas berkongsi foto menunjukkan seluar dalam berjenama terkenal antarabangsa, Calvin Klein.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Imran atau nama penuhnya,  Muhammad Al Imran Badaruddin kelihatan memakai baju t-shirt berwarna kuning, bertopi merah yang dipadankan dengan jeans longgar sehingga menampakkan bahagian punggungnya.

Walaupun tidak menulis sebarang kapsyen pada hantaran tersebut, namun rata-rata pengikutnya kesal dengan tindakan Imran yang dilihat semakin mengarut.

Malah, mereka berharap agar Imran kembali dengan kandungan video yang lebih baik seperti diawal kemunculannya dulu.

“Makin lama makin mengarut. Dulu aku suka je follow tapi sekarang ni makin ke arah lain.

“Bila dah famous, satu je nak pesan… Ingat Allah SWT.

“Imran yang dulu lagi better.

“Lebih suka Imran yang dulu versi kampung.Versi yang marah-marah makcik bawang. Down to earth. Sekarang banyak benda dia buat tak patut dicontohi,” komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barddieㄹ (@imranbard)

 

Terdahulu, Imran pernah meluahkan rasa kesal menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya apabila dia tidak diberikan peluang sama rata dengan pempengaruh dan selebriti yang berasal dari luar negara.

Ia susulan video ‘gwenchana’ miliknya tular namun dia tidak pernah diberi peluang dan ruang untuk menonjolkan diri atau mengetengahkan bakatnya terutama di Korea.

Written by: Salma


Previous post