Hot FM

India rampas 600 reptilia termasuk ular sawa diseludup dari Malaysia



Pihak berkuasa India menahan dua lelaki warga tempatan dan merampas 665 haiwan termasuk ular sawa dan kura-kura yang diseludup dari Malaysia ke Mumbai sebagai ikan perhiasan.

PETALING JAYA: Pihak berkuasa India menahan dua lelaki warga tempatan dan merampas 665 haiwan termasuk ular sawa dan kura-kura yang diseludup dari Malaysia ke Mumbai sebagai ikan perhiasan.

The Times of India melaporkan, Lembaga Perisikan Pendapatan (DRI) menahan dua lelaki dikenali sebagai Victor Lobo, 36, dan Immanvel Raja, 36, dan merampas haiwan yang berharga kira-kira Rs2.98 crores (RM1.67 juta) semalam.

Menurut laporan itu, DRI dilaporkan menerima maklumat mengenai satu penghantaran mengandungi haiwan eksotik hidup yang diisytihar sebagai ikan perhiasan yang tiba dari Malaysia di Kompleks Kargo Udara di Sahar.

Apabila anggota DRI tiba di kompleks berkenaan, penghantaran itu sudah melepasi pemeriksaan kastam dan sudah dibawa oleh Raja.

Bagaimanapun, anggota DRI berjaya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version