Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Individu Beri Komen Tak Sepatutnya Terhadap Kematian Pelajar UPSI, PU Riz Beri Teguran… Minta Jangan Mudah Jatuh Hukum

today13 June 2025

Background

Pendakwah bebas popular, PU Riz tampil memberikan teguran terhadap tindakan seorang pengguna media sosial yang didakwa memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung kematian pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

Kata PU Riz, dia menyifatkan individu berkenaan tidak memahami agama apatah lagi meletakkan emosi dan kefahamannya ketika mengeluarkan kata-kata dimedia sosial.

“Saya terpanggil untuk buat video ini kerana satu isu yang saya rasa, saya tak boleh nak diamkan diri. Perbualan ini mungkin agak serius.

“Ada satu orang yang meninggalkan komen tentang isu viral berkenaan insiden yang menimpa 15 pelajar UPSI yang meninggal baru-baru ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat yang baik dan al-Fatihah buat mereka semua.

“Tapi ada seorang mahluk Allah ni, dia meninggalkan komen dengan tidak memahami agama secara jelas dan mungkin juga dia meletakkan emosi dan kefahaman dia yang mungkin agak terhad sedikit sebagai keutamaan dalam bercakap, ini masalah dia.

“Pertama sekali, apabila satu orang dia menyebut tentang hutang, tak masuk syurga… Ya, pada asasnya adalah benar juga yang disebut tetapi jika dilihat beberap sudut disini, ada tiga perkara yang saya ingin tapiskan melalui nas (bukti) yang ada dalam al-Quran. Supaya kita berhati-hati bila bercakap. 

“Pertama, bila kita nak komen, walaupun mungkin kita ada sedikit ilmu tentang perkara itu, sabar dulu dan utamakan perkataan baik. Yang kedua, takut pada Allah dan juga akhlak yang baik ini penting. Tetapi apabila Nabi SAW ditanya tentang sebab mengapa ramai yang masuk neraka, kata Nabi kerana mulut,” katanya.

Bersangka baik kerana mangsa meninggal dalam keadaan menuntut ilmu

Mengulas lanjut, PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, meminta agar mana-mana individu sentiasa bersangka baik terhadap kematian mangsa yang terlibat memandangkan kesemua 15 pelajar tersebut sedang dalam perjalanan menuntut ilmu.

Bahkan, ada di antara mangsa merupakan seorang hafizah yang kematiannya didambakan semua orang.

“Mereka semua sedang menuntut ilmu. Orang yang menuntut ilmu ini dikira sebagai satu jihad atau pun syahid kerana di dalam jagaan Allah SWT.

“Salah seorang mangsa iaitu Nurli Syahirah adalah seorang hafiz Al-Quran dan meninggal dalam keadaan yang baik.

“Kita kena sentiasa bersangka baik, jangan lontarkan perkataan-perkatan begini (komen negatif).

“Kita bercakap kena ada sensitiviti dan kasih sayang. Apa jenis Islam yang kita nak bawa kalau kita menghukum orang tanpa dalil yang khusus,” jelasnya.

Justeru, suami kepada selebriti popular, Noor Neelofa ini sempat meninggalkan pesanan agar netizen tidak mudah menjatuhkan hukum dan meninggalkan komen tanpa usul periksa.

“Jangan terlalu pedas atau cepat nak komen terutama apabila kita pun tidak pasti dengan keadaan itu.

“Ambil ilmu sebagai dorongan untuk kita bercakap. Ada SOP untuk menyelesaikan sebarang pinjaman terutama para pelajar sekiranya mereka mempunyai cacat kekal ataupun yang telah pergi,” ujarnya.

@hrisbismailSalam Tazkiah . Video agak panjang tapi kalau nak dngr silakan kalau tidak tak mengapa♬ original sound – Hrisbismail

Terdahulu, individu terbabit bagaimanapun tampil memohon maaf secara terbuka selepas menerima kecaman hebat susulan tindakannya mempersendakan insiden kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak,pada  awal pagi Isnin lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil juga memaklumkan, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kesemua mangsa telah dilupuskan serta merta sebagai tanda penghormatan dan simpati terhadap tragedi yang berlaku.

Written by: Aqilah


Previous post