Ia selepas tularnya gambar tersebut di media sosial yang memaparkan seekor kucing dilihat tergantung di belakang bonet kereta sehingga menyebabkan ia terseret di atas jalan raya.
Difahamkan, susulan daripada insiden itu pemilik kucing terbabit membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat yang menafikan melakukan penderaan ke atas kucing itu.
Menurut hantaran di laman Facebook, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, ia demi menegakkan sistem keadilan jenayah haiwan dan sebagai satu pelajaran supaya pemilik berhati-hati dalam mengurus dan mengendalikan haiwan bawah tanggungjawab mereka.
“Seperti dijangka apabila haiwan yang menjadi mangsa kesengsaraan akibat perbuatan manusia tular. Pasti akan ada ‘plot twist’ alasan oleh pelaku atau pemilik untuk melepaskan tanggungan terhadap perbuatan terkait jenayah di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
“Persatuan Haiwan Malaysia gesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar meneruskan siasatan dan mengemukakan kertas siasatan…