Menerusi hantaran tersebut, seorang individu telah mengeluh dengan harga nasi bujang RM3 di Kelantan yang dianggapnya terlalu mahal.
Dia itu telah menyindir harga nasi bujang yang seolah-olah berlebihan dan membandingkannya dengan harga lebih rendah di Selangor.
“Tadi makan nasi bujang di Kelantan. RM3, mahalnya diorang nak beli kapal terbang pi Mekkah ke. Selangor Baru RM2 ada tempat di Selangor RM1.70 sen pun ada.
“Tahu lah gaji dah naik RM1,700. Takkan sampai RM3 ringgit,” tulisnya.
Bagaimanapun, dia mendapat kecaman ramai dengan hantaran tersebut dan ramai yang berpendapat ia sudah cukup murah dalam keadaan ekonomi sekarang.