Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Individu dipercayai hina institusi diraja dikenal pasti

today26 March 2024

Background


Menteri Fahmi Fadzil berkata SKMM mendapati ada lebih 20 kertas siasatan dibuka sebelum ini terhadap seorang individu yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina institusi diraja. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengenal pasti individu, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina institusi diraja, khususnya institusi diraja Selangor.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata SKMM dengan kerjasama polis mendapati individu terbabit sangat bermasalah dengan lebih 20 kertas siasatan lampau dibuka terhadapnya, berkaitan kenyataan jelik sebelum ini.