Setiap restoran perlu menyediakan baby chair sebagai kemudahan bagi ibu bapa supaya mereka tidak perlu mendukung anak sepanjang masa dan boleh menikmati makanan dengan lebih tenang.
Namun begitu, kebersihan juga perlulah dijaga. Tambahan pula bayi yang dalam fasa suka mengutip, menjilat atau memegang semua kawasan yang berpotensi banyak bakteria.
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi keadaan baby chair di sebuah kedai makan yang dikunjunginya telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh individu berkenaan, kelihatan dia sedang membersihkan baby chair yang sangat kotor dan berkerak di kedai makan itu menggunakan tisu basah.
Apa yang menjadi bualan ramai adalah mereka mempersoalkan tindakan dan common sense pihak restoran yang seolah-olah tidak pernah langsung mencuci baby chair itu.
“Kedai makan, korang tolong la jaga bab ni. Kotor sangat-sangat ni, kalau bersihkan betul-betul lepas customer pakai, takkan jadi sampai macam ni.
“Nak lap jangan…