Menerusi video tersebut, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya selepas melihat keadaan di sebuah tempat.
Menurutnya, tempat itu sering menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar kerana view yang menarik dan ada yang menyambut sambutan hari jadi di sana.
Namun, kawasan berkenaan dikelilingi dipenuhi banyak sampah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
“Bila tengok pemandangan dekat sini dah lawa, tapi dicemari dengan semua sampah yang dibuat oleh tangan manusia.
“Betullah orang cakap bumi ni rosak sebab tangan-tangan manusia,” katanya.