Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Individu menyamar Speaker Dewan Negara di Telegram

today6 September 2023

Background


Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ada individu menyamar sebagai dirinya di Telegram untuk membuat urusan kewangan dan janji temu. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Yang di-Pertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan akaun Telegram rasminya digodam individu yang menyamar sebagai dirinya sejak beberapa hari lalu.

Wan Junaidi dalam kenyataan mengingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan panggilan atau mesej mengakui dirinya untuk berurusan berkaitan kewangan dan janji temu.

Menurutnya, mereka yang menerima mesej atau panggilan berkenaan diminta menghubungi pejabatnya di talian 03-2601 7610 untuk pengesahan lanjut.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

“Saya kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.

“Saya menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan turut melaporkan tindakan penggodam kepada pihak berkuasa,” katanya.

Wan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post