Hot FM

Individu Sebar Fitnah Tampil Minta Maaf, Ibu Aliff Aziz Beri Saranan Henti Buat Dosa Kering

Ibu penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza memuat naik video seorang wanita tampil memohon maaf secara terbuka setelah didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah.

Permohonan maaf wanita tersebut dimuat naik di Instagram Hafiza atau lebih mesra disapa Fiza, semalam.

“Benda tu bukan original daripada saya, saya screenshot daripada artikel di Facebook sebelum kongsikan di TikTok. Saya minta maaf,” kata wanita berkenaan.

Ibu Aliff Aziz

Sementara itu, menerusi hantaran lain Hafiza berkata dia masih mempunyai perasaan ihsan sesama insan serta sempat menasihati pengguna media sosial lain untuk berhenti menabur fitnah.

“Saya berikan pilihan padanya untuk memohon maaf secara terbuka atau saya teruskan saman, dia bersungguh memohon maaf.

“Saya masih ada perasaan ihsan sesama insan dan pesanan saya cukup-cukuplah di luar sana yang membuang masa menabur fitnah tidak berasas kerana tiada apa-apa manfaat, hanya mengumpul dosa kering,” katanya lagi.

Sebelum ini, Hafiza berang selepas seorang pengguna media sosial dilihat memberikan tuduhan fitnah terhadapnya.

Individu tersebut menerusi hantaran di platform TikTok, Hafizah mengeluarkan kenyataan berbunyi ‘Bella harus menyerahkan salah satu anaknya kepada Aliff supaya adil’.

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Sifatkan Komen Netizen Sebagai Fitnah Dajal, Bakal Ambil Tindakan Saman

Exit mobile version