Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Individu Tegur Jangan Jadi ‘Samseng’, Sharnaaz Ahmad Respons: “Ayah Saya Ajar Bila Di Pijak, Bangun Pijak Balik”

today20 January 2023

Background

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad heboh menjadi perbualan hangat segelintir pihak selepas hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi kes perbicaraan dakwaan mencederakan orang.

Menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan oleh Berita Harian di Twitter, terdapat individu tampil menegur Sharnaaz untuk tidak menjadi terlalu ‘samseng’.

Tambah individu berkenaan, pelakon drama Aku Bukan Bidadari itu perlu mencari orang setanding dengannya.

“Sebagai seorang artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjad contoh dan ikutan sekurang-kurangnya, peminatnya.

“Sharnaaz, awak belum bertemu ruas lagi. Takut nanti awak yang lunyai. Nak samseng pun carilah dengan yang setanding,” katanya.

Tidak berdiam diri, bapa anak satu ini tampil membidas komen tersebut di akaun Twitter rasmi miliknya.

Kata Sharnaaz, dia menegaskan dirinya bukanlah seorang mafia ataupun gangster seperti didakwa orang ramai.

Sharnaaz turut berkongsi pesanan daripada, bapanya, Datuk Basir Ahmad yang mengajarnya untuk bangkit semula setelah dipijak.

“Baik uncle. Terima kasih atas nasihat… saya bukan samseng. Saya pun dah lunyai dengan salah anggapan. Saya ok je mana-mana pun. Mafia pun ok, popia pun ok..

“Yang penting, bila di pijak, bangun pijak balik.. Itu ayah saya ajar. Kita fighter untuk diri kita sendiri.. Itu cara saya ya uncle,” balasnya.

Sebelum ini, Sharnaaz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun tahun lalu.

Kes akan bersambung semula pada 6 Mac depan bagi serahan dokumen.

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Mengaku Tak Bersalah Tumbuk & Tendang Penghuni Kondo – “Harini Gaduh, Esok Jadi Kawan Baik”

Written by: Aqilah


Previous post