

Indonesia menggesa jemaah umrahnya terbang terus ke Arab Saudi menggunakan penerbangan tempatan dan bukan menaiki penerbangan yang memerlukan transit di Singapura serta Malaysia, untuk memacu ekonomi republik itu.
Timbalan Menteri Haji Dahnil Anzar Simanjuntak berkata kira-kira 70,000 jemaah Indonesia menyinggah di Malaysia dan Singapura apabila menaiki penerbangan asing, menurut laporan Jakarta Globe.
Indonesia, negara dengan jumlah Muslim tertinggi dunia, melihat dua juta jemaah menunaikan umrah setiap tahun.
“Jika kita boleh mendapat 70,000 orang yang transit menerusi Malaysia dan Singapura menggunakan penerbangan Indonesia, ini akan membantu ekonomi negara kita,” Dahnil dipetik berkata.
Beliau bagaimanapun mengakui cadangannya memerlukan peningkatan perkhidmatan syarikat penerbangsaan…